Thursday, March 6, 2014

KERAMAT BALINGIAN 2014


Baru Bian (Kanan),  See Chee How (Kiri)

- CR mendapat sumber dari Borneo Post Online bertarikh 2 Mac 2014, mengenai isu menampilkan calon tempatan, isu harga barang naik antara ‘senjata’ yang akan diguna pakai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak untuk memikat hati rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian nanti.
- Pengerusi PKR Negeri Baru Bian berkata, isu itu antara perkara yang terkandung dalam Manifesto PKR untuk PRK itu kelak. Meskipun menyedari DUN Balingian kubu kuat Barisan Nasional (BN), namun beliau menegaskan ia tidak mematahkan semangat PKR untuk menawan kerusi itu. 

- Yang Berhormat See Chee How yang mengetuai Jawatankuasa Pilihan Raya Kecil akan turun padang (ke DUN Balingian) untuk membuat penilaian dan pemilihan calon yang telah disenarai pendek. “Kita akan mengumumkan nama calon yang akan bertanding selepas kerja-kerja pemilihan terakhir dilakukan,” jelasnya. 

- Mempunyai keahlian kira-kira 30,000 orang di seluruh Sarawak, Baru memberitahu PKR akan memanfaatkan kekuatan itu untuk membantu kempen di kerusi itu nanti. Menyentuh mengenai mesyuarat yang diadakan itu, Baru menjelaskan ia bagi memaklumkan kepada pemimpin cabang PKR negeri tentang Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat yang diadakan serentak di seluruh Malaysia dari 25 April hingga 11 Mei nanti.


 lagi cerita lanjut disini klik



No comments:

Post a Comment